Dalam blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman untuk membantu pelajar lulus dan cemerlang
dalam subjek Matematik SPM- Pelajar lemah selalu ujian/exam dapat markah < 40 % sekurang-kurangnya boleh capai 50 %.
- Pelajar yang sudah dapat 60 - 70 % teringin sangat nak capai Gred A
- STRATEGI : Memilih soalan yang sesuai dengan kebolehan anda.
- TEKNIK : Menulis Kaedah dan Jawapan yang betul untuk mendapat markah penuh.
- LATIHAN KEPANTASAN ( SPEED)Semasa ulankaji, set masa menjawab(i) Kertas 1, 1 soalan = 2 minit(ii) Kertas 2 Bahagian A, 1 soalan = 18 minit, Bahagian B, 1 soalan = 20 minit
ANDA PERLU MENGUASAI SEMUA TEKNIK MENJAWAB DENGAN MEMBUAT ULANGKAJI YANG BESUNGGUH-SUNGGUH SUPAYA ANDA DAPAT MENJAWAB DENGAN BETUL DALAM MASA YANG DITETAPKAN
STRATEGI : markah ( K1 + K2 ) > 70 %
Berdasarkan nisbah aras kesukaran = Rendah : Sederhana : Tinggi = 5 : 3 : 2
KERTAS 1: dapatkan > 20 markah
Anda perlu menjawab dengan betul 20 soalan arah rendah dan 5 soalan arah sederhana. Oleh itu, anda mesti tahu menentukan dan memilih soalan tersebut.
No. soalan-soalan Aras Rendah selalunya :
1. Angka Bererti : Contoh 1, Contoh 2, Contoh 3
2,3,4. Bentuk Piawai, 5,6. Asas Nombor, 7,8. sudut dalam atau luar poligon, 9. sudut dalam bulatan dan tangen, 10,11. Transfomasi (putaran,pantulan,translasi atau pembesaran), 12,13. Trigonometri( Sin,Tan,Kos, Graf), 14.Sudut antara garisan dengan Satah atau Sudut antara 2 satah, 23,24. Indeks, 25,26. Ketaksamaan Linear, 27. Piktogram, 29. Statistik(skor mod), 30. Bentuk Graf(Kuadratik,Kubik,Salingan), 31,32. Set( nilai pembolehubah,bilangan unsur), 33,34. Garis Lurus ( kecerunan,pintasan), 38.Ubahan(nilai pembolehubah), 39,40. Matriks(Operasi darab dan tambah, nilai pembolehubah)
KERTAS 2: dapatkan > 50 markah
Anda perlu menjawab :
3 soalan Bahagian B = 36 markah ;
Kaedah penting yang perlu anda lakukan supaya mendapat markah penuh bagi nombor soalan ;
12. Graf Fungsi :
Lengkapkan nilai-y pada jadual nilai, Plot dan Lukis Graf, cari Nilai x dan y, dapat garis lurus bagi graf kuadratik, kubik( guna kaedah penghapusan) atau kaedah ubahsuai(graf salingan), lukis di atas graf yang sama,cari titik persilangan dan unjurkan pada paksi-x , dapatkan nila-nilai-x)
14. Statistik
(a) Poligon :
Lengkapkan Jadual Kekerapan selalunya Selang Kelas, Titik Tengah, Kekerapan
Lukis graf Poligon : Skala, gunakan TT(paksi-x), Kekerapan (Paksi-y),Plot, sambungkan titik dengan garisan lurus guna pembaris, pasti satu titik sebelum kelas pertama dan selepas kelas terakhir supaya graf tidak tergantung.
(b) Histogram ;
Lengkapkan Jadual Kekerapan selalunya Selang Kelas, Titik Tengah, Kekerapan
Lukis Histogram : Skala, gunakan TT(paksi-x), Kekerapan (Paksi-y),Plot, lukis bar berbentuk segiempat tepat
(c) Ogif ;
Lengkapkan Jadual Kekerapan Longgokan selalunya Tambah satu Selang Kelas sebelum Kelas pertama, Selang Kelas, Titik Tengah, Sempadan Atas, Kekerapan, Kekerapan Longgokan
Lukis Ogif : Skala, gunakan SA(paksi-x), KL (Paksi-y),Plot, sambungkan titik guna Free hand ( bentuk graf seperti S)
(d) Soalan berkaitan ;
Kelas Mod = Selang Kelas yang mempunyai kekerapan paling tinggi
Min = Jumlah semua ( TT X Kekerapan) / Jumlah Kekerapan = Jawapan ( 2 titik perpuluhan)
1 soalan KBKK ( ikut sahaja kehendak arahannya)
15. Pelan dan Dongakan;
(a) Lukis Pandangan Sisi : tentukan setiap bucu dan sempadan pandangan sisi, lakar dahulu bentuknya, kemudian lukiskan dengan skala penuh = 3 markah.
(b)(i) Lukis Pelan : tentukan setiap bucu dan sempadan pandangan dari atas, lakarkan dahulu bentuknya, sempadan nampak(garis penuh),sempadan terlindung(garis putus-putus), kemudian lukiskan dengan skala penuh = 4 markah.
(b)(ii) Lukis Pandangan Sisi-Y: tentukan pandangan setiap bucu pandangan sisi-Y, lakar dahulu bentuknya,sempadan nampak(garis penuh),sempadan terlindung(garis putus-putus), kemudian lukiskan dengan skala penuh = 5 markah
4 soalan Bahagian A = 24 markah
1. Lorekan ; 2 jenis soalan :
(i) Set - persilangan 2 set, contoh: ( A ∩ B ) dan melibatkan set pelengkap, contoh: ( A' ∩ B ) U C
5. Penaakulan Matematik ;
(i) menentukan pernyataan atau bukan pernyataan
(ii) menentukan pernyataan diberikan samada pernyataan palsu atau benar
(iii) Akas : menulis akas dan tentukannya palsu atau benar
(iv) Menulis 2 implikasi dari pernyataan yang menggunakan "jika dan hanya jika" atau sebaliknya
(v) Melengkapkan Hujah : 3 jenis
(vi) Menulis rumusan atau formula dari pola nombor.
7. Matriks
(i) mengira nila pembolehubah jika diberikan matriks itu tiada songsangan: gunakan [ ad - bc = 0 ]
(ii) mengira matriks songsang : gunakan formula
(iii) menyelesaikan persamaan serentak menggunakan kaedah matriks : gunakan formula
8. Isipadu : gunakan formula = 2 jenis ;
(i) Digabungkan: gunakan operasi tambah
(ii) Dikeluarkan : gunakan operasi tolak ( Isipadu pepejal besar - Isipadu pepejal kecil )
10. Luas dan Perimeter
(i) Perimeter : gunakan formula yang betul,
2 jenis samada perimeter seluruh rajah atau perimeter kawasan berlorek.
(ii) Luas : gunakan formula yang betul,
2 jenis samada luas seluruh rajah atau luas kawasan berlorek.
PENGIRAAN
(k1+k2)/140 × 100 % = (20+50)/140 × 100 % = 50 %
...... letih dah ni, nanti saya edit lagi .... bye!!!